orang kata, sbelum nikmat, perlu ada penyeksaan, barulah nikmat itu terasa. mungkin benar, lebih2 lagi setelah semalam.
dek kerana prelab, aku keluar rumah agak lewat, pukul 9.15 pagi. aku perlu berada di uni untuk kelas praktikal pukul sepuluh.
keluar ke tempat menunggu bas, bas tiada di tempat yg sepatutnya. sgt tidak membantu. melihat pada jam, ada sepuluh minit lg sebelum train yg akan membawa aku di destinasi tiba di waktu yg sepatutnya. menanti bas yg tk kunjung tiba takkan membawa aku ke mana, maka aku mengambil keputusan utk berjalan.
dari berjalan, langkah dilajukan. aku melihat pada jam, sudah 3 minit aku berjalan. bob jane tmart, penanda aras menandakan aku sudah separuh jalan masih belum kelihatan. maka aku melangkah dengan lebih deras lagi.
dari berjalan, langkah dilajukan menjadi lari2 anak. masih ada beberapa minit. aku boleh, bisikku.
maka lari anak2 berubah menjadi larian pantas. tidaklah sepantas mana, tapi cukup utk membuatkan org di sekeliling melihat aku dgn penuh kepelikan dan kehairanan. masakan org yg berjogging berpakaian sebegini kemas, mungkin itulah yg mereka fikirkan.
larianku tidak lancar, sering terhenti dek lampu isyarat dan pejalan kaki yg lembap. sudah lama berlari, aku berhenti. aku lihat pada jam, 9.26. waktu train sepatutnya tiba. kemudian aku melihat sekeliling. semua kenderaan di jalanraya terhenti seketika.
hanya satu penjelasan sahaja.
ya, kau pun tahu. maknanya keretapi sdg melintas. kau sudah terlambat, maknanya tidak ada praktikal utkmu hari ini.
kalau putus asa merupakan sifat terkeji, maka akulah org yg paling keji waktu itu.langkah menjadi longlai dan tak bermaya, aku teruskan juga ke stesen, biarpun perasaan malas dan terkilan sdg menguasai diri.
tapi, sinar harapan kembali bernyala bila kenderaan jalanan sekali lagi terhenti. dari kejauhan, dapat dilihat train ke bandar sdg tiba. walaupun kehairanan, aku sekali lagi berlari selaju yg mampu utk menaiki train tersebut.
berjayakah aku?
tidak.
sekali lagi, pejalan2 kaki lembap berjaya melambatkan aku. alangkah seronoknya mereka bergelak tawa riang sambil menghalang jalan aku, lgsung tidak peduli ttg org2 lain yg mahu segera ke sana. sudahnya, train meninggalkan stesen preston dan aku, membuatkan aku menyumpah2 keseorangan.
mujurlah jejaka kacak di kaunter pertanyaan dgn mudah dan sukacitanya memberikan aku kelas ganti. dapatlah mengubat sedikit gelisah di hati daripada kehilangan markah praktikal.bolehlah aku ke kuliah kimia, di mana sekumpulan pelajar tekad utk berbogel dalam kuliah, menganggu pensyarah yg cuba mengambil perhatian dgn mencelup tgnnye ke dalam sebalang liquid nitrogen tatkala kuliah terganggu dek projektor yg rosak.
itu kisah semalam.
cuti easter bermula hari ini utk aku. setelah menjawab ujian dan menyempurnakan tugasan matlab, maka dapatlah aku mencoret kisah ini dgn tenang sambil menghirup keelokan udara pagi di preston.
kepada semua rakan yg sedang atau akan bercuti, maka aku ucapkan selamat bercuti.
Posted bySyafiq Ridhwan
at
9:23 AM