terlalu banyak yang berlaku, terlalu banyak yg nak diucapkan, tp terlalu sedikit yg diluahkan. hai.
ramadan tahun ni dah dua minggu lebih. masuk tahun ni dah 14 tahun aku puasa, mula belajar sejak darjah satu. kalau masa tu ada anak kecil yg lahir, sekarang ni dia dah masuk form 2, dah besar dah, dah pandai cari awek ape semua.
tapi 14 tahun ni aku terasa puasa aku tk ade peningkatan pun. kalau setakat menahan diri dari perkara yg mmbatalkan puasa mmg aku yakin aku cemerlang, HD bak kate org sini. tapi dari segi pengisian tk seberapa mana.
terawih macam tulah, lubang2, lg banyak lubang dari berisi agaknya. puasa dipenuhi dgn tidur, mulut tk basah dgn zikir/ayat quran tp basah dgn cacian dan makian, kalau bukan sebab tension main game, tension pasal bas lambat.
pertama kali berpuasa di tempat org mmg tk seronok. suasana meriah ramadan tu tiada lgsung.kalau dulu meja penuh dgn juadah dari bazaar, skrg penuh dgn plastik coles saje. masjid sgt jauh dari rumah, nak pg kene naik bas. maka tk trdgr bacaan quran dan tazkirah di malam hari. entah macam mane raye nnt yek. mesti sgt mmbosankan, dahla kami di preston terpisah dari rakan2 di city.
ak bkn homesick, cume ak terase perbezaan yg ketara. perbezaan yg kurang digemari,suasana yg asing. ak merindui ramadan di malaysia. sedikit menyesal pula tk balik raya.
akan tetapi malaysia yg aku sanjungi dan sayangi itu sudah berubah.
kebencian dimane2. sana sini ade demonstrasi. mulut masing2 makin celupar dan lantang. muhibah dan perpaduan sudah bagaikan tidak wujud lg, digantikan dgn kemarahan dan kejlikan terhadap sesama sendiri. apa dah jadi?
sekali imbas masing2 akan menuding jari pada org lain. pihak ini akan kata itu kerja puak itu, yg sana pulak kata parti itu dalang semuanya. tiada siapa yg mahu berfikir, hanya mahu menyalahkan.
ak tak mahu menyebelah mana2 pihak, kerana aku kurang pasti ttg kebenarannya, bak kata org kalau tk tau diam. cuma ak merasakan ini mungkin kerana, sperti yg dikatakan di atas td, terlalu sedikit yg diluahkan bila terlalu banyak yg perlu dibicarakan.
ada isu berbangkit, ketidakpuasan hati, maka disenyapkan suara2 itu, diabaikan. ditadah sahaja bagai menadah air hujan dgn tempayan, walhal bila tempayan itu penuh maka air akan melimpah keluar. bila melimpah inilah jadinya.
ada satu komen di suatu blog (tk ingat mana) mengatakan malaysia itu dah hampir karam. oh tidak. aku harap dan berdoa agar malaysia tidak akan karam. kalau karam apalah nasib anak2 malaysia ini, lagi2 mereka yg masih kecil itu. kalau nasib baik hanyutlah kita ke daratan, tp kalau lemas?
maka diharapkan agar mereka2 ini dpt menyelesaikan semua isu yg ada dan kembalikan malaysia yg dulu itu kepada kita. lupakan permusuhan, fikirkan masa depan negara dan sama berusaha utk pulihkan keadaan, bak kata wonderpets, yg pnting itu adalah kerjasama.
tgk, wonderpets pn tahu dan faham maksud kerjasama.
sekian utk hari ini.
Posted bySyafiq Ridhwan
at
5:15 AM
0
comments:
Post a Comment