salah siapa?

pagi tadi aku sibuk mengecat belakang rumah. janji dah lame dah nak cat rumah, sejak habis exam lagi. namun banyak alasan dilontarkan, banyak berdolak-dalih untuk mengelak meletihkan diri. akhirnye, dah tak dapat nak mengelak lagi, semua barang dah dibeli. mahu tak mahu, terpakse buat juga.

sedang aku mengagahkan diri mengecat sambil kulit dibakar sinaran terik mentari, aku terdengar suare2 anak kecil yang duduk di rumah belakang. sungguh seronok sekali kedengaran suare mereka, menyanyikan sebuah lagu yang popular. mungkin juge mereka sedang menari2 di dalam rumah.

aku bukanlah hendak mengkritik nyanyian mereka, sama ade pitching mereka tepat atau tidak itu bukanlah urusan aku. cuma sedikit terkejut kerana dalam banyak2 lagu yg ade di dunia ini, lagu agnes monica juga yg dinyanyikan mereka. fasih pula tu. lancar nyanyian mereka, tanpa perlu berhenti mengambil nafas pun.

sebenarnye benda ini bukannye baru. kalau rakan2 sekalian biase menonton rancangan kanak2 di tv, ala, macam tomtom bak tu, mmg korang akan berpeluang melihat anak2 kecil 'menyerlahkan bakat' mereka. kecil sahaja badan mereka, tapi gaya bila di atas pentas, kalah artis popular.

sesekali bile aku melihat perkare ini, aku berfikir "anak siape la ni". kecil2 lagi dah macam ni. besar nanti entah macam mane la. bukankah mereka lebih baik kalau diajar mengenal tuhan, mengenal rasul, takpun diajar membaca dan mengira, supaya bila sekolah kelak tidak ketinggalan. sepatutnye didendangkan kepade mereka nasyid dan bacaan al-quran, supaya besar kelak menjadi pemuda pemudi yg cintakan agamanya, dan akan membela nasib umat islam sedunia.

ini tidak. mungkin sudah trend sekarang, ibubapa berlumba2 mendidik anak mereka supaya menjadi glamor. dari kecil sudah diajar berpakaian seksi, digalakkkan mereka supaya belajar menyanyi dan menari. dididik mereka supaya pandai bergaya seperti seperti artis, barulah glamor kate mereka. didengarkan di telinga lagu2 artis popular, disuruh hafal lagu2 ini, nnt boleh masuk tv. nanti bolehlah mak dgn abah berlagak dengan makcik sebelah rumah tu, kata mereka.

barangkali ibubapa ini sudah lupa yg anak2 ini ibarat kain putih, kalau dicelupnye ke dalam acuan agnes monica, maka agnes monicala hasilnye. itulah yg kite saksikan sekarang, lambakan anak2 muda kite membanjiri ujibakat mane2 pertandingan realiti. kalau tak berjaya dalam pertandingan ini seumpama gagal dalam hidup. kalau nak berjaya mesti glamor. kalau gagal belajar tak ape, yg penting mesti glamor.

yg pilunya ibubapa mereka masih terus menyokong di belakang mereka, masih tak sedar2 lagi. bile ditemuramah mereka mengatakan yg mereka berbangga dengan anak mereka, ada bakat(kononnye), ade masa depan yg cerah. lebih sedih lagi apabila anak orang2 kenamaan pun ade.ketika mereka patut menjadi contoh cara mendidik anak2 kepada orang ramai, mereka pun turut same dalam kekecohan ini, seolah2 mengiyakan kepalsuan ini.

lalu, ketika bangsa2 lain terus melahirkan cendekiawan, usahawan dan tokoh2 dalam pelbagai bidang lain, bangsa kite berbangga dengan lahirnye seorang lg bintang 'realiti'. ketika bangsa lain terus-terusan memperbodohkan bangsa kita, kita terus bersorak gembira dalam fantasi ciptaan sendiri.

salah siapa?

Posted bySyafiq Ridhwan at 6:23 PM  

6 comments:

unknown said... September 23, 2008 at 9:17 AM  

erm... kan.. ak sokong ngn ape ko kata... sokong sgt... ak bakal x blek this yr.. ak call umah.. ak call kwn.. ckp msia ttp same.. tp ade lain dy... ak tkut..

ps: good good. sudah mngecat kembali. hahaha. see. ko mmg akn kne jugak.. dah abes cat dah?

joereza said... September 23, 2008 at 5:39 PM  

tapi yang penting bukan salah ibu mengandung...

Syafiq Ridhwan said... September 23, 2008 at 7:03 PM  

@shanis: takut ape? hahaha. baru abes.

@reza: mmg, bukan salah ibu mengandung, salah ibu yg tak pandai mendidik.

unknown said... September 23, 2008 at 7:50 PM  

just takut..

berharap everything would be the same.. better...

Anonymous said... September 27, 2008 at 9:26 AM  

btol, salah ibu yang mendidik...nice post dude...something to really ponder about

Anonymous said... November 8, 2008 at 11:52 AM  

bukan salah ibu mendidik lah! ibubapa xpernah salah! cmner sekalipun agama tetap memihak pader mereka, mereka xsalah~ ini semua salah anak.. yg xreti nak belajar sendiri.. yg xder usaha untuk belajar dgn ap2 yg berlaku di sekeliling..n juga anak yg xdengar cakap ibu..
tapi mungkin ader salah sikit la.. tapi algi patut kot kalau cakap, bapa yg xpandai mendidik..

Post a Comment