we're not safe

aku rase ramai je yg dah tgk movie disturbia, lakonan shia labeouf dgn carrie ann moss. dalam cite tu, digambarkan satu situasi yg hero menyedari bahawa jiran die rupenye seorang pembunh bersiri. gile arr, kalo aku cepat2 pindah woo.

ok, idea yg jiran kau adelah seorang pembunuh mungkin agak melebih, tp aku sgt setuju dgn mesej yg cube disampaikan, iaitu even dalam kawasan perumahan ko yg nampak selamat tu pun ade bahaye yg mennti. baru2 ni, seorang jiran aku kene ragut rantainya mase tgh menyapu depan rumah die. ade jugak seorang jiran aku yg handset die, dalam rumah ni, kene curi bile die biarkan pintu rumah die terbukak sekejap je.

bygkan, depan rumah kau, yg selama ni ko cakap rumahku syurgaku tu pun bole kene rompak. nampak sgt yg penjenyah skrg mmg hati kering, dah makin berani nak bertindak. nasib baik cume hilang harta. kalau ade kecedaraan ke, kehilangan nyawa ke kan dah parah.

mmg, org mungkin kate malang tak berbau, tp kalau ko nak tggu sampai dah tengik baunye baru nak bertindak mmg sorry to say la. takkan nak tggu polis je nak jage keselamatan kite. mahu tak mahu, kite kene ambik tindakan sendiri.

so, pade anak2 dara tu, kalau setakat nak menyapu dpan rumah takyah la pakai rantai dgn gelang emas tu, simpan je. biar emas zhulian pun, kang kene ragut baru tau. lepas tu, kalau takde sape kat ruang tamu pastikan pintu rumah ko bertutup dan dikunci, biar ko nak pg ambik air kat dapur sekejap je pun. makcik yg hilang handset tu mcam tu la, tinggal skejapje, dah kene rembat.

plg penting sekali, kalau korang ade adik/anak buah yg masih kecik yg suke main kat depan rumah/padang, pastikan yg die sentiase berteman, kalau bukan kau pastikan org tu kau boleh percaye. bahye skrg ni, budak2 kecik selalu jdi sasaran.

ni sekdar peringatan, kalau korg rase selamt, tknak ikut tkpela. still, kene selalu berjge2, jgn sampai dah kene nnt baru nak berteriak. aku doakan keluarga kite semua ni bebas dari bencana.. amin...

ciao

Posted bySyafiq Ridhwan at 6:35 PM 5 comments  

coretan

beberape bulan yg lepas, selepas habis exam, rase seronok je dapat cuti lame berbulan2. sekarang, aku dah rase bosan bercuti, nak je fly cepat2, dah malas nak menunggu lak. tambah lg adik2 aku semua pun kat rumah. so, rumah cam dah pack gile, privacy pun dah kurang. di saat2 macam ni, macam kawan2 aku yg lain, terase macam nak je balik ke zaman kolej dulu, sekurang2 nye ade kawan2.

ntah kenape, aku terasa seperti nak mengimbau kembali ke zaman sebelum kolej, masa nak minta scholar tu. pade masa tu, aku ingat lg yg bapak aku nak sgt aku ambik medik, jd doktor. die ade cite2 nak melihat salah seorang dari anak2 die yg ramai ni jd doktor. dan pade aku ,anak sulungnye, die menyandarkan harapannye itu.

tapi, aku pula sgt2la taknak ambik medik, hanya kerana aku beranggapan yg subjek biologi tu "not my thing" (bodo gile alasan ni). pade mulanya, aku sperti mengalah, cube bertolak ansur dengan mengatakan yg aku akan ambil farmasi. tp bile aku dapat tau yg mara tak offer scholar untuk budak2 farmasi, langsung aku ambik engineering, tolak medik mentah2 je. akhirnye, bapak aku mengalah, dan merestui pilihan aku.

yg lawaknye, bile time adik aku pulak, bapak aku, mungkin sebab die pikir adik aku ni same macam aku, recommend la kat adik aku buat engineering. tapi, berlawanan dgn aku, adik aku pulak nak buat medik. hahaha. takpela, at least merase la bapak aku sorang anak die jd doktor. skrg adik aku tgh buat persediaan untuk ke indonesia tahun depan.

bile aku ingatkan semula peristiwa tu, aku teringat pade kawan2 aku, yg mengikut pilihan parents masing2. juge teringat pade teacher english aku time form 3, yg jadi cikgu sbb nak tunaikan impian bapak die.

dan memikirkan ttg mereka ni, aku merase simpati pade mereka, kerana tak dapat nak mencapai impian dan cita2 masing kerana desakan parents. tapi pade mase yg same, aku merase kagum, kerana mereka sanggup mengetepikan cita2 sendiri demi menunaikan suruhan ibu bapa. mereka ade kekuatan untuk meletakkan kehendak ibubapa di depan kehendak mereka, sesuatu yg aku tidak mampu lakukan. pade mereka ini, aku sangat tabik pade kamu semua.

maka, bila memikirkan semua ini, kadangkala menyesal pula dgn kelakuan aku kat kolej dulu.masa 2 tahun banyak dihabiskan untuk bersuka2. jarang sekali aku serius dalam belajar. aku dah diberi peluang untuk mencapai cita2 aku, tapi aku seolah2 hendak mensia2kan peluang tersebut. nasib baikla lepas exam, kalau tak..

tak apela, yg dah lepas, biarkan berlalu. daripade biarkan ia menjadi beban, jadikanlah ia pemangkin. mase di universiti nnt, aku perlu berubah. aku dah ade peluang, maka mesti manfaatkan peluang tu sebaik mungkin.

ciao..

Posted bySyafiq Ridhwan at 4:07 AM 6 comments  

aku adalah...

ko online malam2.. bosan, takdek sape untuk sembang kat ym.. maka ko bkak facebook. tgk2, seorg mmber ko baru je lpas buat kuiz personaliti diri "which prison break character are you?". die dapat fernando sucre.

ko pun klik kat link kuiz tu, manelah tau mgkin ko adalah scoffield ke. ko buat kuiz tu, ko submit, dan ko dapati yg ko adalah...

lincoln burrows.

cess, baru je berangan dapat jd scoffield. tak ke kacak tu. tgk2 ko dapat abg die yg hambar tu pulak..

selain daripada lincoln burrows, kuiz2 lain yg aku pernah buat bgtau yg aku ni adalah..
1. claire bennet
2.hermione granger
3.steven gerrard
4.jimmy page
5.gambit
6.game tony hawk (???)
7. homer simpson
dan macam2 lg..

sgguh berlambak kuiz2 macam ni kat facebook. tak taula kenape, ade org yg sggup create kuiz ni. dan lgla pelik, ade org yg buang mase diorg buat sume kuiz ni, termasukla aku, walaupun dah tau kuiz tu tak mungkin betulnye. bkannye diorg ni pakar psikologi pun, nak nilai2 ko.

mgkin kerane dalam diri kite, kite ingin dikaitkan dgn org2 terkenal, walaupun ko tau, ko bole tuka balik jawapan tu sampai ko dapat org yg disukai.. kalo first time ko dapat drogba, ko akan tuka jawapan ko sampai la ko dapat kaka misalannye..

hmm, ntahla..

ape kate korg buat lak, mane tau dapat scoffield ke, bole ko berlagak depan aku ni.. hahaha.

Posted bySyafiq Ridhwan at 4:10 AM 4 comments  

komunikasi yg gagal

tgh hari, rumah aku didatangi serog buruh kasar berbangsa indon. die dtg nak repair bumbung aku, ntah ape yg rosak aku pun tak tahu. mak aku suruh aku pg tgk-tgkan, kot2 nnt die nak mintak ape2. maka aku pun perhatikanla die buat kerja.

die baru saje nak bermula, lepas bancuh simen bile die pandang aku lantas berkate;

"ade 'people' tak?" tanyenye padeku

ugh, 'people'? cam tak percaye lak aku dgn permintaannye. apehal die nak 'people'? aku kebingungan seketika, betul ke ape aku dgr ni?

nampaknye, die pun tau yg aku tak paham ape yg die cuba sampaikan, lalu die mengujarkan pertanyaan;

" dik, ade koran tak?" pintanya.

koran? ape pulak la ni? dgrnye macam tumbuhan hutan. ataupun ade alat pertukangan yg aku tak pernah tau kewujudannye. ishh, bertambah bingung lak aku dgn pertanyaan die ni.

buntu, aku pun ambil keputusan tanye mak aku, mane tau die tau ape bendenye koran dgn 'people' tu. baru je aku nak melangkah, lelaki indon td tibe2 bersuara kembali,

"tu ade banyak bawak kerusi tu" katenye sambil menunjuk pade kerusi yg dimaksudkan.

la, paper rupenye...

"oh, cakapla surat khabar" kateku pdnye...

dah lame baru paham yg people yg die cakap tu sebenarnye paper. hahaha. entah camane boleh jadi 'people' aku pun tak tau. mungkin telinga aku yg problem, takpun die ni mmg tk reti nak sebut mende tu betul2.

heh, koran. kate je yg kita ni serumpun, bahasa lain gile.

nila ape yg berlaku bila komunikasi gagal. maksud tak sampai.sudahnye aku kelihatan seperti org bodoh pulak.

Posted bySyafiq Ridhwan at 2:07 AM 9 comments  

kau dan masa

kau terlantar dan termenung di kamarmu yang selesa itu. kau sedang bingung, buntu dan tidak tentu arah. mindamu asyik berfikir mengenai satu persoalan. berlegar-legar ia bermain di fikiran mu, dan kau terus mengelamun jauh mencari jawapan,

"apa yg patut aku lakukan sekarang ya?"

sedang kau sibuk mengelamun,berfikir, masa bergerak meningggalkan mu. detik demi detik, langkah demi langkah, perlahan-lahan ia berlalu. perlahan, tetapi konsisten. setiap langkah adalah sama seperti langkah seterusnya. teratur dan kemas. tetap ia pada haluannya, tidak pernah ia terpesong.

kau akhirnya mendapat jawapan pada persoalanmu. kau sudah tahu apa yang kau perlu lakukan. kau sudah jelas sekarang. maka kau bangkit dari kamarmu. bangkit untuk mengatur langkah seterusnya. untuk bertindak.

tiba-tiba kau sedar, sesuatu yang kau perlukan sudah tiada. masa. tatkala kau sedang termenung, masa sudah jauh ke hadapan. sudah terlalu jauh, dan tak mungkin kau berupaya mengejarnya. apa sahaja yang kau mahu lakukan kini sudah tidak dapat dilaksanakan, kerana kau sudah tiada masa.

maka kau biarkan kekecewaan menyelubungi dirimu. kau menyesal, kau mengeluh. kau mula merasakan yang kau telah berlengah-lengah dulu. bahawa kau telah melepaskan peluang. kau merasakan yang kini segalanya tidak mungkin, maka kau terperosok di kamarmu dengan segala kesedihan dan kekecewaan.

ketika itu, masa terus berlalu. terus melangkah pergi. terus istiqamah dengan perjalanannya. tidak sekali pun ia berhenti. tidak sekali pun ia memperlahankan langkahnya. ia tetap bergerak dengan kelajuan yang sama.

tiba-tiba, kau mendapat satu keazaman. satu semangat. kau tidak mahu terus bersedih. kau merasakan sekarang masih sempat. keadaan masih boleh diperbaiki. kau tidak mahu terus kecundang. kau mahu bangkit.

maka, segera kau bangun dari kamarmu. kau pantas mengatur langkah. menjana visi dan merangka strategi. kau yakin yang kau mampu melakukannya.kau percaya bahawa kini segalanya mungkin. kau kini sudah mendapat kekuatan, tiada siapa pun yang mampu menghalangmu.

akan tetapi, sekali lagi, kau dapati masa tidak bersamamu. bahkan, ia lebih jauh daripada dulu. hanya sayup-sayup sahaja kelihatan bayangnya dari kejauhan, terus melangkah dengan tenang dan teratur. terus melangkah dengan satu haluan yang lurus, ke hadapan.

kau cuba memanggilnya pulang. kau merayu, mengatakan yang kau memerlukannya, yang kau tidak mampu untuk melakukan apa-apa pun tanpanya. akan tetapi, tidak sekali pun masa membalas sahutanmu. tidak juga ia memperlahankan langkahnya. ia tidak pernah menoleh ke belakang untuk sesiapa pun, dan ia tidak akan menoleh ke belakang untuk kau.

maka, api harapan dan keyakinan yang marak menjulang sudah pun padam disimbah hujan kekecewaan. semangatmu patah umpama ranting kayu kering yang dipijak. segala visi dan motivasi yang mengelilingi dirimu sudah lenyap umpama kabus pagi yang dimamah terik mentari.

kau pun kembali berbaring di kamarmu. kau kembali ke keadaan asalmu, buntu dan bingung. kau mengelamun semula. termenung, termenung dan termenung lagi.

"apa yang patut aku lakukan sekarang?"

dan masa terus melangkah pergi meninggalkanmu...

Posted bySyafiq Ridhwan at 7:45 PM 3 comments  

saye sangat pelupa

title-pinjam hadi. jgn marah ye.

bukan hadi goyang saje yg sgt pelupa, nampaknye aku juge seorg pelupa.

buktinye, td aku nak kunci gate. maka, aku keluar, kunci gate, kemudian masuk balik dalam rumah. sampai je kat pintu, mak aku tanya "ko dah kunci gate ke?"

aku terdiam. aku kunci ke tidak haa? "emm, jap, pg check balik." nasib baik dah kunci.

betape dalam tempoh tak sampai seminit antara gate dgn pintu rumah pun aku boleh terlupe. dah kritikal ni.

bukan ni saje, banyak lg. selalu je terlupe yg aku tgh panaskan kopi, terlupe nak jemur baju, terlupe yg aku kunci rumah ke tidak, dan macam2 lg.

mmg la, kalau dah terlupe tu nak buat macam mane. dalam ibadah pun kalau terlupe dimaafkan. tapi tak bestla kalau selalu sgt terlupe. dah jadi tabiat, mesti ade je yg terlupe. macam pak pandir la pulak.

setakat ni okla, tak pernah lg terlupe hal2 yg penting. tp risiko itu sentiase ade. masalah ni sebelum jadi merbahaye, perlu diatasi. jgn nnt pasal terlupe aku merana.

mungkin aku perlu makan kismis ngan memory booster banyak2, biar kuat sikit ingatan aku ni.

kalau korang ade amalan yg boleh improve ingatan, sile bgtau.

Posted bySyafiq Ridhwan at 4:28 AM 10 comments  

the arrivals

if you were wondering what to do when you were online,

then i suggest you watch this:

the arrivals of antichrist/dajjal

an eye opener for all of us.

Posted bySyafiq Ridhwan at 3:47 AM 10 comments  

great goal?

warning: to footie fan only.hehehe

define a great goal.

what makes a goal a great goal? is it because the way it's scored? or because of the difficulty in catching it? or perhaps, because of the complexity of it?

david bentley's goal against arsenal in the midweek was heralded by many as a great goal. it was graciously celebrated by many, except arsenal fans of course, and got pundits running around declaring it as the goal of the season. in one night, he became a star, thanks to his beautiful volley.

yet, is it worth to be call a great goal?

let's compare it to another goal. esteban cambiasso's goal against serbia in world cup 2006 in germany. the goal many regarded as the goal of the tournament. the goal doesn't have the glossy finish like bentley's. from the way he scored, it doesn't seem to have anything special around it.

however, it was made special by the 25 pass moves that preceded the goal. a brilliant, fluid combination of pass and move, beautifully orchestrated by the argentines. the finish, though simple as it seems, capped off a great team effort, and became a testament of the class owned by them.

hmm. class. perhaps it was the thing that both goals i mentioned earlier have in common. while the class of cambiasso's goal lies in the build up, bentley's class was evident in the finish. it was beautifully strucked, came from a great technique and a sense of awareness, to be able to sense the right moment to deliver. he decided to try, and he scored. surprise.

ah. yes. surprise. awe. the shock factor. clearly a factor that defines a great goals. goals, that came out of nowhere, conjured by brilliant players, who have the ability to create something out of thin air, to be able to see the moment when nobody else sees it.

like di canio's goal, the one he scored against wimbledon in 2000. or the one henry scored against man united, also in 2000. these goals were scored when no was expecting it. simply caught anyone by surprise.

another thing that perhaps we should consider is the originality. remember david beckham famous goal? that audacious lob that caught poor neil sullivan off guard? that goal launched him to super stardom, and even recognised as the best goal from the first decade of the premiership.

yet, when xabi alonso and matthew taylor repeated the trick, there were less euphoria around. it was still celebrated as a brilliant individual effort, but with less hype than what beckham had. simply because he had done it first.

the same fate fell to messi's perfect carbon copy of maradona's goal. the goal was full of quality and class, as dribbling past a number of opposition defenders is no mean feat. however, while many sees it as a moment of genius from the young man, many also sees it as the kid obsession to emulate his idol. thus, the goal never reached the same height as the maradona's goal.

and perhaps it is something that bentley's goal lacked. while it certainly has a lot of quality and the element of surprise in it, we have seen too many volleys and over-the-keeper lobs. and despite his best effort to combine both of them, it might just not be enough. a contender for the goal of the season it is, but whether it will live long enough in our minds in years to come will be another question.

one thing for sure, that goal will give us enough reason to be enchanted and captivated by the beautiful game. it might take years before another great goal to be scored, but till then, we will be waiting patiently.

signing off.

Posted bySyafiq Ridhwan at 5:51 PM 6 comments